KOMPILASI MOTIVASI & KEMAHIRAN BELAJAR
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Ini adalah ruangan kompilasi tips-tips dan petua yang pernah saya tuliskan di blog sayawww.MotivasiBelajar.com. Di blog, saya tulis tips-tips baru hampir setiap hari dan ada antara tips dan petua tersebut saya tulis dalam jangka masa melebihi seminggu. Jadi agak sukar untuk mengikutinya kan?
Untuk memudahkan anda membacanya, saya telah mengumpul tips-tips harian tersebut supaya boleh dibaca sekaligus di sini. Saya masih lagi dalam proses mengumpul semua tips-tips ini. Jadi baru ada beberapa kompilasi yang siap. Jadi saya harap anda bersabar sementara saya tambahkan lagi senarai kompilasi ini. Selamat membaca.
Teknik Bercakap di Khalayak Ramai
Adakah anda merasa berdebar setiap kali anda bercakap di depan khalayak ramai hingga anda lupa apa yang hendak dikatakan?Adakah anda rasa pendengar atau ‘audience’ tidak berminat mendengar ceramah atau ucapan anda? Jika anda rasa begitu, apakah yang boleh anda lakukan?
Baca tips ini dan majukan teknik anda bercakap dikhalayak ramai sekarang. Klik di sini.
7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan
Menjelang peperiksaan, ada pelajar yang merasa tertekan hingga tidak boleh tidur lena, tidak lalu makan, hilang fokus dan yang paling membimbangkan, pelajar tidak boleh fokus kepada pelajaran mereka. 7 tips ini sebenarnya boleh anda download kerana ia adalah ebook yang saya berikan percuma. Namun, anda boleh baca teknik-teknik itu terus di sini.Klik di sini.
Kemahiran Berkawan
Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.Ini ada kena mengena dengan kemahiran anda untuk bergaul dengan orang-orang disekliling anda terutamanya dengan orang-orang yang dikira sebagai kawan anda. Untuk membaca tips-tips kemahiran berkawan ini. Klik di sini.
Tips-tips Psikologi Peperiksaan
Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? JAntung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukar untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah anda pelajari. Apakah yang harus anda lakukan?. Untuk membaca tips-tips psikologi peperiksaan ini. Klik di sini.
Tips dan Teknik Menetapkan Matlamat - (Seperti yang telah diterbitkan oleh Akhbar Sinar Harian)
Menetapkan matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Tanpa cara yang betul, matlamat hanyalah angan-angan kosong. Untuk membaca tips-tips menetapkan matlamat hasil tulisan Osman Affan seperti yang telah diterbitkan di Akhbar Sinar Harian, Terengganu.Klik di sini.
Teknik Belajar & Membaca SQ3R
Jika anda ada masalah tidak ingat apa yang anda telah baca, tidak boleh fokus semasa belajar dan mudah hilang tumpuan semasa membaca buku, teknik ini sangat sesuai untuk membantu anda. Pelajari bagaimana anda boleh tingkatkan daya ingatan anda apabila membaca buku dan apabila anda sedang mempelajari sesuatu yang baru.Klik di sini.
21 Tips Microsoft Power Point
Di sini saya kongsikan 21 tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda hadiri kelas-kelas komputer yang mengajar perisian, mungkin banyak lagi perkara yang anda akan tahu. Namun, saya percaya anda tidak perlu tahu semua perkara untuk menjadi lebih maju.
21 tips ini ialah tips-tips yang praktikal menurut pandangan saya dan tips-tips ini sering saya kongsikan bersama peserta semasa saya menjalankan program-program public speaking atau presentation skills. Ia juga berdasarkan pemerhatian saya terhadap kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan oleh pelajar atau presenter semasa menggunakan perisian ini. Klik di sini.
7 Petua Memikat Hati Rakan Sebaya
Assalamualaikum w.b.t…….. hmmm… hari ni kita mulakan dengan nada yang berbeza…. apabila saya tulis perkataan memikat, apakah yang bermain di fikiran anda? Saya percaya ramai antara anda yang akan terfikir tentang lelaki memikat wanita atau sebaliknya. Bukan itu yang saya maksudkan sebenarnya…namun, ia boleh juga jadi begitu jika teknik-teknik ini digunakan.
Apa yang mahu saya kongsikan disini ialah 7 petua bagaimana mahu membuat rakan sebaya anda mesra dan suka kepada anda (dalam erti kata yang baik). Rakan sebaya tidak semestinya sama umur dengan anda. Saya percaya rakan anda disekolah sama ada junior atau senior boleh kita kategorikan sebagai rakan sebaya juga.Klik di sini.
Kemahiran Menghafal
Sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar untuk kita menghafal sesuatu? Klik di sini.
Teknik Pengurusan Masa
Adakah anda tahu apa itu pengurusan masa? Setiap kali saya menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar, saya selalu ceritakan tentang asas pengurusan masa. Apabila saya mahu mula bercerita tentang pengurusan masa pula, para pelajar selalu sangka yang saya akan ceritakan bagaimana caranya untuk membuat jadual. Adakah itu yang anda fikirkan setiap kali anda dengar perkataan pengurusan masa? Jadual? Klik di sini.
7 Petua Memikat Hati Guru
Pernahkah anda dengar pelajar merungut, “Cikgu tu tah apa-apa tah….. pilih kasih…. kalau si Leman tu, apa dia buat semua ok…. kalau aku ni, ada je benda tak kena….. pilih kasih betul…….”
Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?
Katakan memang?ada guru yang pilih kasih dan melebih-lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu? Tentu tidak bukan? Apa yang ingin saya katakan ialah, guru pilih kasih adalah perkara biasa. Ia tidak bermaksud guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru sayangkan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga adalah manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi beberapa anak murid yang memenuhi beberapa kriteria pilihan mereka. Klik di sini.
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari
Beberapa minggu lalu saya ada terfikir untuk menulis beberapa tips dan petua berkenaan teknik ingat apa yang sudah dipelajari. Namun, saya sudah tuliskan isi-isinya dalam kemahiran menghafal. Di dalam petua yang saya ingin kongsikan beberapa hari ini agak berbeza kerana ini adalah cara praktikal yang anda boleh gunakan untuk mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua ini tidak semestinya anda gunakan semasa belajar, tetapi dalam mana-mana keadaan yang memerlukan anda untuk mengingat sesuatu. Contohnya, jika seseorang menerangkan cara untuk pergi ke suatu tempat, anda akan lebih mudah ingat penerangan itu jika anda gunakan petua-petua ini. Untuk membaca petua-petua ini. Klik di sini.
Ramadhan dan Kejayaan
Cuba anda lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling anda atau orang berjaya yang anda kenal. Tentu mereka mempunyai sifat-sifat unik tertentu yang tidak banyak terdapat di dalam diri orang-orang yang kurang berjaya. Contohnya, orang yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang mereka mahu capai. Orang yang berjaya juga tidak kenal erti berputus-asa. Lebih hebat lagi, orang berjaya boleh bersabar dan terus berusaha walaupun apa yang mereka kerjakan belum membuahkan hasil.
Percayakah anda jika saya katakan ciri-ciri dan sifat-sifat ini semua boleh dibentuk semasa anda menjalani ibadah puasa? Hmm… jika anda mahu berjaya seperti mereka juga suatu hari nanti, mari kita bincangkan dan fikirkan bersama mengenai apa yang anda perolehi sepanjang bulan Ramadhan ini. Klik di sini.
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris?
Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan?
Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini. Klik di sini.
Adab menuntut ilmu online
Kalau majoriti pelajar atau orang dewasa mahu belajar sesuatu dengan cara tidak beradab, mereka akan rugi kerana orang tidak akan mahu berkongsi ilmu dengan mereka. Maksud saya, kalau di laman web ini cara begitu digunakan, di laman web lain apatah lagi.
Perumpamaannya, bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rumah anda, tanpa diundang, tanpa memberi salam dan tanpa mengetuk pintu. Kemudian, dia berkata kepada anda, “Eh, TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA NAK TULIS SURAT!”. Agaknya, apa reaksi anda? Kalau ada orang yang buat begini, adakah anda akan tegur dia supaya dia lebih beradab atau anda tegur tuan rumah supaya berfikiran lebih positif. (Kata pada tuan rumah, “sabar, dia tak ada niat nak biadab, awak kena berfikiran positif.”) . Klik di sini.
7 Petua Skor A
Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar, saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar, malah ia sesuai untuk orang dewasa.
Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Lebih buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya ada orang dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan internet. Ada yang takut untuk belajar berniaga. Ada yang takut untuk menghadiri kursus kerana bimbang gagal dalam ujian yang bakal diduduki. Klik di sini.
3 Rahsia Keyakinan Diri
Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.
Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.
Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.Klik di sini.
3 Sumber Keyakinan Diri
Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita?
Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?.Klik di sini.
7 Tanda anda akan gagal di universiti
Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?.Klik di sini.
Di mana saya parking kereta tadi?
Hari ini saya ada satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlupa di mana anda parking kereta anda? Maksud saya, anda masuk ke mana-mana pusat membeli-belah yang besar, anda parking dan beberapa jam kemudian, semasa hendak ambil kereta semula, anda terlupa beberapa perkara tentang parking seperti
- Tingkat berapa
- Tiang nombor berapa
- Tangga mana
- Jalan keluar mana yang membawa ke tempat kereta tersebut (ada banyak pusat membeli belah yang besar yang mempunyai banyak jalan keluar. Salah pilih, anda akan hilang punca di mana arah kereta anda berada).
- Kereta apa yang anda bawa (ini masalah kepada orang yang terlampau banyak kereta. Mungkin jarang berlaku
- Selepas pintu keluar, mahu ke kiri atau ke kanan.
Saya percaya ini semua sangat biasa berlaku. Jarang saya dengar orang yang tidak ada pengalaman terlupa di mana parking kereta sendiri. Saya sendiri juga selalu alaminya satu ketika dahulu. Soalan seterusnya, adakah masalah lupa parking ini menunjukkan kita mudah lupa?.Klik di sini.
7 Tips Latihan Pengurusan Masa Sepanjang Cuti Sekolah
Satu masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Walaupun semua pelajar tahu bahawa kita semua sama-sama ada 24 jam sehari, mereka tetap hadapi kesukaran memahami mengapa ia terasa seperti cuma ada 12 jam sahaja sehari dalam hidup mereka. Jangan kata pelajar, orang dewasa juga hadapi masalah yang sama. Jika saya imbas zaman persekolahan saya sendiri, saya juga tidak terkecuali daripada masalah pengurusan masa.
Jadi sepanjang cuti sekolah ini, apa kata kita beberapa tips yang boleh digunakan untuk menguruskan masa. Secara khususnya, saya akan bincangkan 7 tips pengurusan masa. Sebaik-baiknya, kita gunakan kesemua tips ini serta-merta sepanjang cuti sekolah ini agar apabila sekolah bermula nanti, kita akan mula rasa selesa dengan gaya pengurusan masa yang betul.
0 comments:
Post a Comment